Saturday, April 16, 2011

Pertandingan Web anjuran TM dan JPM

Sempena dengan Karnival Pendidikan Tahun 2011, TM dan Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan pertandingan web antara sekolah-sekolah di negeri Melaka.

Berikut adalah hasil daripada wakil sekolah kita yang diketuai oleh Ng Kuan Sien dari kelas 4SI, dan 2 orang pelajar iaitu Wong Chiew Ye (4SN), dan Koo Shi Kai (4PA1). Semoga mereka berjaya.

http://www.sekolah19.tmmelaka.com.my/index.html

PS: Sila melayari forum dalam web tersebut dan berikan pendapat yang membina kepada 3 pelajar yang telah bertungkus lumus untuk menghasilkan laman tersebut.

Friday, March 25, 2011

Pertandingan Blog antara Panitia/Unit/Bilik Khas

Brosher Pertandingan Blog Panitia/Unit?Bilik Khas






KERTAS KERJA PERTANDINGAN Blog Panitia/Unit/Bilik Khas

Pertandingan Blog Pelajar

Diingatkan sekali lagi bahawa tarikh tutup pertandingan blog pelajar telah dilanjutkan sehingga 3hb Mac 2011. Kepada peserta yang telah membina blog, anda bolehlah hantar alamat blog kepada Cik. Sadiah atau Pn. Li Zhen Ying.

Berikut adalah blog yang dibina oleh para peserta.

http://smktm-differentworld.blogspot.com/

http://smktmu5sn11.blogspot.com/

http://sotong-baobei.blogspot.com/

http://deisyawhootwhoot.blogspot.com/

http://i3mahblog.blogspot.com/

Thursday, March 3, 2011

AJK Unit ICT

Berikut adalah satu video ringkas yang memperkenalkan AJK Unit ICT, kepada AJK ICT yang belum menghantar gambar kepada penyelaras ICT melalui email, sila berbuat demikian secepat mungkin.



Thursday, January 27, 2011

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM MELAKA


                     Tel   :   06-3174376                             Kod Sekolah  :  MEA 2088
                     Fax   :   06-3171539
                                                                                  Ruj Kami   :  SMKTMu/ 100-1/1/28 (    )
                                                                                  Tarikh        :                 Jan  2011


Semua AJK Induk ICT

Tn. Hj. Zolkaply Bin Yunus                         Pengetua
Pn. Hjh. Kamariah Bte Othman                    GPK 1
En. Ghaffar Bin Yahya                                   GPK HEM
En. Muhammad Radhi Masah                      GPK Ko Kurikulum
Tn. Hj. Sajat Bin Ahmad                                GPK PK
Pn. Manja Bin Md Doli                                  GPK Petang
Pn. Mariah Abd Rahman                               GKMP (Sains & Matematik)
Pn. Latifah Binti Hassan                                GKMP (Bahasa)
Pn. Lim Lay Neo                                              GKMP (Kemanusiaan)
Tn. Hj.Ismail Bin Abdullah                            GKMP (Teknik & Vokasional)
Pn. Khuzaimah Zakaria                                   Wakil Guru Cemerlang
Pn. Zurinawati  Binti Mustaffa                       Kaunselor
Pn. Noor Aini Mohammed                              Penyelaras Pusat Sumber

Semua AJK Kerja ICT
Pn. Fazilah Bt Husin @ Mohd Hashim          Penolong Penyelaras ICT
Pn. Khuzaimah Bte Zakaria                              Perkembangan Staf
Pn. Rozita Bt Mohd Saad                                 Pengajaran & Pembelajaran
Pn. Umadevi a/p N Marappan                         Pengurusan & Penyelenggaraan
Pn. Hamizilawati Bt Ishak                                 Tugas-tugas Khas
Cik Sadiah Kamar                                               Laman Web/Blog
Pn. Mah Kim Peng                                             Dokumentasi
Pn. Norazila Zakaria                                           Penyelenggaraan & Keselamatan
Cik Nurul Ezzah Roslan                                     Keceriaan
Cik Nor Aisah Bt. Mohd Rosdi                        Keceriaan
Pn. Li Zhen Ying                                                Stok ( Juruteknik)


Tuan/Puan,


MESYUARAT  AJK INDUK & AJK KERJA ICT SEKOLAH KALI 1/2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
           
            Tarikh              :           17 Jan 2011 ( Isnin )
            Masa               :           2.15 petang
            Tempat            :           Bilik tayang


3.  Agenda Mesyuarat

3.1              Ucapan Pengerusi
3.2              Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat kali 3 /2010
3.3              Membentangkan Senarai Tugas-tugas AJK Induk/ Kerja ICT 2011
3.4              Pembentangan Kertas Kerja Inovasi ICT Sekolah 2011
3.5              Hal-hal lain

Sekian, terima kasih.



BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




s.k        :           Fail ICT

MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ICT
SMK TUN MUTAHIR
TAHUN 2011.

Tarikh              : 17 Januari 2011
Hari                 : Isnin
Masa               : 1.40 hingga 3.35 petang
Tempat            : Bilik tayang.

Kehadiran :     1. Puan Hajjah Kamariah  Othman GPK 1
                       2. Pn Mariah binti Abd Rahman ( GKMP Sains&Matematik)
                       3. En. Ghaffar bin Yahya GPK Hem
                       4. Encik Radhi bin Md Sah GPK Koku
                       5. Puan Chin Kan Thai ( Penyelaras ICT )
                       6. Puan Noraini Mohamad
                       7. Puan Hamizilawati Ishak
                       8. Puan Li Zhen Ying
                       9. Cik Saadiah Kamar
                      10. Puan Norazila Zakaria
                      11. Puan Hajjah Rozita Saad
                      12. Cik Nurul Ezzah Roslan
                      13. Encik Abdul Kadir
                      14. Puan Mah Kim Peng
                      15. Puan Khuzaimah Zakaria.



Urusetia Mesyuarat : Puan Fazilah Hussin ( Cuti sakit )

1.      UCAPAN PENGERUSI

1.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang terlibat.
1.2  Beliau mengucapkan selamat tahun baru dan berharap kerjasama semua AJK ICT untuk bekerjasama melakukan inovasi khasnya untuk makmal komputer..

2.      MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

2.1  Dicadangkan oleh Puan Noraini dan di sokong oleh Puan Hamizilawati Ishak.

3.      BANGKITAN MINIT

3.1  GITN tidak lagi menguruskan capaian internet di makmal komputer. Pihak jabatan menyediakan peruntukan RM 600 untuk tujuan capaian internet.

3.2  Berkaitan dengan RAM komputer yang dicuri ada cadangan memohon diganti dengan menggunakan wang kutipan ‘ bayaran tambahan komputer’ yang dikutip pada zaman Puan Mainon..

3.3  Makluman bahawa kunci makmal kini tidak lagi dipegang oleh mana-mana guru untuk menggunakan makmal perlulah menggunakan kunci makmal dari pejabat sekolah.

3.4  Berkaitan dengan software dalam PC yang selalu hilang berpunca dari pelajar. Guru-guru ICT diminta mengikut peraturan makmal untuk mengatasi masalah ini.

        Tindakan : Makluman.


4.      PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN PROGRAM INOVASI SEKOLAH

4.1  Tema yang dipilih ialah “ TRANSFORMASI ICT”.
4.2  Dengan merujuk kepada lampiran A iaitu Jawatan kuasa kerja laman web dan pempautan blog panitia kepada laman web, pembinaan laman web akan dilaksanakan seberapa segera. Untuk bahan softcopy akan dimasukkan oleh Cik Saadiah manakala dokumentasinya dilakukan oleh Puan Mah kim Peng.
4.3  Semua maklumat yang hendak di masukkan ke blog dan laman web sekolah hendaklah disahkan oleh juru edit iaitu GPK 1.
4.4  Satu pertandingan blog antara pelajar akan diadakan untuk mencungkil bakat terpendam di kalangan pelajar. Pertandingan ini akan dihakimi oleh pentadbir dan ajk ict yang lain seperti Puan Hajjah Rozita dan Cik Saadiah.
4.5  Puan Khuzaimah mencadangkan untuk melancarkan pertandingan blog pelajar boleh memilih kumpulan masing-masing dengan dibimbing oleh seorang guru.
4.6  Terdapat cadangan pula supaya setiap panitia mengenalpasti pelajar berpotensi dan membimbing mereka untuk menghasilkan blog ini dapatlah mengurangkan beban kerja guru.
4.7  Untuk melancarkan program inovasi sekolah pemasangan internet secara wireless akan dibuat dengan menggunakan peruntukan RM 600 dari peruntukan jabatan.

       Tindakan : Makluman

                                                                                                       
5.      HAL-HAL LAIN.

5.1  Guru-guru yang memegang apa-apa peralatan ICT sekolah perlulah mengisi borang pemantauan peralatan ict.
5.2  Satu pemantauan terhadap penggunaan makmal akan diadakan.
5.3  Jawatankuasa rakaman meminta disediakan ink warna untuk  memproses gambar untuk tujuan dokumentasi.
                                                                                 
          Tindakan : Puan Noraini Mohamad

5.4  Ucapan GPK 1 Puan Hajjah Kamariah.
5.4.1         Beliau meminta guru-guru melaksanakan apa yang telah dibincangkan serperti web sekolah dan blog dengan bersungguh-sungguh.Jika terdapat masalah boleh berbincang dan diselesaikan jangan dibiarkan nanti apa yang dirancang tidak menjadi.
5.4.2        Guru yang ditugaskan melaksanakan tugasan diminta bertanya dan berbincang dengan guru-guru lain yang diketahui mempunyai kemahiran.



6.      PENUTUP

6.1  mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.


Di sediakan oleh         : Puan Fazilah Hussin.
Di semak oleh             : Puan Chin Kan Thai ( Penyelaras ICT )

Tarikh                          : 18 Januari 2011.