Thursday, January 27, 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM MELAKA
Tel : 06-3174376 Kod Sekolah : MEA 2088
Fax : 06-3171539
Ruj Kami : SMKTMu/ 100-1/1/28 ( )
Tarikh : Jan 2011
Semua AJK Induk ICT
Tn. Hj. Zolkaply Bin Yunus Pengetua
Pn. Hjh. Kamariah Bte Othman GPK 1
En. Ghaffar Bin Yahya GPK HEM
En. Muhammad Radhi Masah GPK Ko Kurikulum
Tn. Hj. Sajat Bin Ahmad GPK PK
Pn. Manja Bin Md Doli GPK Petang
Pn. Mariah Abd Rahman GKMP (Sains & Matematik)
Pn. Latifah Binti Hassan GKMP (Bahasa)
Pn. Lim Lay Neo GKMP (Kemanusiaan)
Tn. Hj.Ismail Bin Abdullah GKMP (Teknik & Vokasional)
Pn. Khuzaimah Zakaria Wakil Guru Cemerlang
Pn. Zurinawati Binti Mustaffa Kaunselor
Pn. Noor Aini Mohammed Penyelaras Pusat Sumber
Pn. Lim Lay Neo GKMP (Kemanusiaan)
Tn. Hj.Ismail Bin Abdullah GKMP (Teknik & Vokasional)
Pn. Khuzaimah Zakaria Wakil Guru Cemerlang
Pn. Zurinawati Binti Mustaffa Kaunselor
Pn. Noor Aini Mohammed Penyelaras Pusat Sumber
Semua AJK Kerja ICT
Pn. Fazilah Bt Husin @ Mohd Hashim Penolong Penyelaras ICT
Pn. Khuzaimah Bte Zakaria Perkembangan Staf
Pn. Rozita Bt Mohd Saad Pengajaran & Pembelajaran
Pn. Umadevi a/p N Marappan Pengurusan & Penyelenggaraan
Pn. Hamizilawati Bt Ishak Tugas-tugas Khas
Cik Sadiah Kamar Laman Web/Blog
Pn. Mah Kim Peng Dokumentasi
Pn. Norazila Zakaria Penyelenggaraan & Keselamatan
Cik Nurul Ezzah Roslan Keceriaan
Cik Nor Aisah Bt. Mohd Rosdi Keceriaan
Pn. Li Zhen Ying Stok ( Juruteknik)
Tuan/Puan,
MESYUARAT AJK INDUK & AJK KERJA ICT SEKOLAH KALI 1/2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 17 Jan 2011 ( Isnin )
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik tayang
3. Agenda Mesyuarat
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat kali 3 /2010
3.3 Membentangkan Senarai Tugas-tugas AJK Induk/ Kerja ICT 2011
3.4 Pembentangan Kertas Kerja Inovasi ICT Sekolah 2011
3.5 Hal-hal lain
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
s.k : Fail ICT
MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ICT
SMK TUN MUTAHIR
TAHUN 2011.
Tarikh : 17 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 1.40 hingga 3.35 petang
Tempat : Bilik tayang.
Kehadiran : 1. Puan Hajjah Kamariah Othman GPK 1
2. Pn Mariah binti Abd Rahman ( GKMP Sains&Matematik)
3. En. Ghaffar bin Yahya GPK Hem
4. Encik Radhi bin Md Sah GPK Koku
5. Puan Chin Kan Thai ( Penyelaras ICT )
4. Encik Radhi bin Md Sah GPK Koku
5. Puan Chin Kan Thai ( Penyelaras ICT )
6. Puan Noraini Mohamad
7. Puan Hamizilawati Ishak
8. Puan Li Zhen Ying
9. Cik Saadiah Kamar
10. Puan Norazila Zakaria
11. Puan Hajjah Rozita Saad
12. Cik Nurul Ezzah Roslan
13. Encik Abdul Kadir
14. Puan Mah Kim Peng
15. Puan Khuzaimah Zakaria.
Urusetia Mesyuarat : Puan Fazilah Hussin ( Cuti sakit )
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang terlibat.
1.2 Beliau mengucapkan selamat tahun baru dan berharap kerjasama semua AJK ICT untuk bekerjasama melakukan inovasi khasnya untuk makmal komputer..
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
2.1 Dicadangkan oleh Puan Noraini dan di sokong oleh Puan Hamizilawati Ishak.
3. BANGKITAN MINIT
3.1 GITN tidak lagi menguruskan capaian internet di makmal komputer. Pihak jabatan menyediakan peruntukan RM 600 untuk tujuan capaian internet.
3.2 Berkaitan dengan RAM komputer yang dicuri ada cadangan memohon diganti dengan menggunakan wang kutipan ‘ bayaran tambahan komputer’ yang dikutip pada zaman Puan Mainon..
3.3 Makluman bahawa kunci makmal kini tidak lagi dipegang oleh mana-mana guru untuk menggunakan makmal perlulah menggunakan kunci makmal dari pejabat sekolah.
3.4 Berkaitan dengan software dalam PC yang selalu hilang berpunca dari pelajar. Guru-guru ICT diminta mengikut peraturan makmal untuk mengatasi masalah ini.
Tindakan : Makluman.
4. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN PROGRAM INOVASI SEKOLAH
4.1 Tema yang dipilih ialah “ TRANSFORMASI ICT”.
4.2 Dengan merujuk kepada lampiran A iaitu Jawatan kuasa kerja laman web dan pempautan blog panitia kepada laman web, pembinaan laman web akan dilaksanakan seberapa segera. Untuk bahan softcopy akan dimasukkan oleh Cik Saadiah manakala dokumentasinya dilakukan oleh Puan Mah kim Peng.
4.3 Semua maklumat yang hendak di masukkan ke blog dan laman web sekolah hendaklah disahkan oleh juru edit iaitu GPK 1.
4.4 Satu pertandingan blog antara pelajar akan diadakan untuk mencungkil bakat terpendam di kalangan pelajar. Pertandingan ini akan dihakimi oleh pentadbir dan ajk ict yang lain seperti Puan Hajjah Rozita dan Cik Saadiah.
4.5 Puan Khuzaimah mencadangkan untuk melancarkan pertandingan blog pelajar boleh memilih kumpulan masing-masing dengan dibimbing oleh seorang guru.
4.6 Terdapat cadangan pula supaya setiap panitia mengenalpasti pelajar berpotensi dan membimbing mereka untuk menghasilkan blog ini dapatlah mengurangkan beban kerja guru.
4.7 Untuk melancarkan program inovasi sekolah pemasangan internet secara wireless akan dibuat dengan menggunakan peruntukan RM 600 dari peruntukan jabatan.
Tindakan : Makluman
5. HAL-HAL LAIN.
5.1 Guru-guru yang memegang apa-apa peralatan ICT sekolah perlulah mengisi borang pemantauan peralatan ict.
5.2 Satu pemantauan terhadap penggunaan makmal akan diadakan.
5.3 Jawatankuasa rakaman meminta disediakan ink warna untuk memproses gambar untuk tujuan dokumentasi.
Tindakan : Puan Noraini Mohamad
5.4 Ucapan GPK 1 Puan Hajjah Kamariah.
5.4.1 Beliau meminta guru-guru melaksanakan apa yang telah dibincangkan serperti web sekolah dan blog dengan bersungguh-sungguh.Jika terdapat masalah boleh berbincang dan diselesaikan jangan dibiarkan nanti apa yang dirancang tidak menjadi.
5.4.2 Guru yang ditugaskan melaksanakan tugasan diminta bertanya dan berbincang dengan guru-guru lain yang diketahui mempunyai kemahiran.
6. PENUTUP
6.1 mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.
Di sediakan oleh : Puan Fazilah Hussin.
Di semak oleh : Puan Chin Kan Thai ( Penyelaras ICT )
Tarikh : 18 Januari 2011.
Sunday, January 23, 2011
PERTANDINGAN BLOG ANTARA PELAJAR
Anjuran:
Unit ICT SMK Tun Mutahir
Syarat pertandingan:
1. Secara individu atau berkuimpulan ( 1-4 orang sahaja)
2. Boleh memilih seorang cikgu sebagai mentor.
Tajuk pertandingan:
BLOG BERINFORAMASI DAN BERILMIAH
Tarikh pertandingan:
Dari 24 Jan – 4 Mac 2011
Daftar Kepada:
Pn. Rozita Mohd Saad –Sesi pagi
Cik Noor Aisah bte Mohd Rosdi-Sesi petang
Hadiah:
Sijil serta Wang tunai
Hasil Hantar kepada:
Cik Sadiah Kamar
Pn Li Zhen Ying
KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI PENGGUNAAN ICT SEKOLAH
SMK TUN MUTAHIR
1.0 PENDAHULUAN
Bersesuaian dengan keperluan semasa, penggunaan ICT di peringkat sekolah semakin dipandang serius oleh pihak sekolah yang diterajui oleh tuan pengetua. Hal ini juga bersesuaian dengan semangat inovasi yang ditiupkan oleh beliau sebagai peneraju sekolah disamping menepati aspirasi yang terdapat dalam visi sekolah iaitu
“SMK TUN MUTAHIR SEKOLAH BERDAYA SAING ”
NEGERI MELAKA MENJELANG 2015.
2.0 RASIONAL
Untuk memudahkan aktiviti pengaksesan internet di samping mempelbagaikan P&P guru di peringkat sekolah, maka unit ICT juga berhasrat untuk memenuhi seruan “Inovasi” pihak sekolah. Jadi beberapa tindakan telah dirancang sempena dengan seruan “INOVASI” ini. Diharap apa yang kami rancang mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru, pihak pentadbir dan PIBG sekolah.Inovasi ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya kalangan guru dan pelajar SMK Tun Mutahir.
3.0 TEMA
“ Transformasi ICT ”
4.0 MATLAMAT
4.1 Melahirkan guru-guru yang lebih inovasi.
4.2 Membina laman web/portal yang canggih.
4.3 Guru-guru lebih berani menggunakan cara P&P yang sesuai dengan dunia
ICT.
4.4 Warga Tun Mutahir lebih senang mengakses internet dengan wireless dipasang ke setiap pelusuk sekolah kelak.
4.5 Pelajar-pelajar lebih berminat datang ke sekolah.
4.6 Membantu pelajar yang kurang mampu/miskin untuk mengakses internet percuma.
4.7 Dapat menikmati dunia internet tanpa bayaran.
4.8 Memetik bahan-bahan yang disediakan oleh guru dalam blog melalui internet.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Meluaskan pengalaman ICT di kalangan guru dan pelajar.
5.2 Membina keyakinan diri berinteraksi dengan komputer.
5.3 Memperdekatkan guru terutama sekali pelajar dengan dunia ICT
5.4 Melahirkan guru yang elit dengan blog dan laman web.
5.5 Mencungkil bakat ICT pelajar yang terpendam.
6.0 TARIKH
Sepanjang tahun 2011
7.0 SASARAN
Semua warga Tun Mutahir
8.0 KEWANGAN
Untuk dibincangkan dengan pihak pentadbir
9.0 TENTATIF PROGRAM
9,1 Pembinaan laman web sekolah.(Sila rujuk lampiran A )
9.2 Pempautan blog setiap panitia kepada laman web/ blog sekolah
(Sila rujuk lampiran A )
9.3 Pertandingan blog di kalangan pelajar (Sila rujuk lampiran B)
9.4 Pemantauan peralatan ICT hak kerajaan dengan lebih efektif.
(Sila rujuk lampiran C)
9.5 Pemantauan penggunaan makmal komputer /LCD dengan berekod.
(Sila rujuk Lampiran D )
9.6 Pemasangan internet secara wireless merangkumi seluruh kawasan
Sekolah.
( Dalam proses mendapatkan tender )
10.0 PENUTUP
Program pada kali ini diharapkan benar-benar dapat mencungkil dan mengasah bakat guru dan pelajar di peringkat pengetahuan ICT di samping menjadi insan yang cemerlang, dan berketerampilan dan mampu berdepan dengan pelbagai situasi teknologi yang moden.
“ ICT Menjana Sekolah Berdaya Saing “
Monday, January 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)