Sunday, January 23, 2011


KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI PENGGUNAAN ICT SEKOLAH
 SMK TUN MUTAHIR

1.0      PENDAHULUAN

Bersesuaian dengan keperluan semasa, penggunaan ICT di peringkat sekolah semakin dipandang serius oleh pihak sekolah yang diterajui oleh tuan pengetua. Hal ini juga bersesuaian dengan semangat inovasi yang ditiupkan oleh beliau sebagai peneraju sekolah disamping menepati aspirasi yang terdapat dalam visi sekolah iaitu
“SMK TUN MUTAHIR SEKOLAH BERDAYA SAING ”
NEGERI  MELAKA MENJELANG 2015.

2.0    RASIONAL  
    
Untuk memudahkan aktiviti pengaksesan internet di samping mempelbagaikan P&P guru di peringkat  sekolah, maka unit ICT juga berhasrat untuk memenuhi seruan “Inovasi” pihak sekolah. Jadi beberapa tindakan telah dirancang sempena dengan seruan “INOVASI” ini. Diharap apa yang kami rancang mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru, pihak pentadbir dan PIBG sekolah.Inovasi ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya kalangan guru  dan pelajar SMK Tun Mutahir.
     

3.0     TEMA

        “ Transformasi ICT    


4.0       MATLAMAT

4.1     Melahirkan guru-guru yang lebih inovasi.

4.2     Membina laman web/portal yang canggih.

4.3     Guru-guru lebih berani menggunakan cara P&P yang  sesuai dengan dunia
ICT.

4.4     Warga Tun Mutahir lebih senang mengakses internet dengan wireless dipasang ke setiap pelusuk sekolah kelak.

4.5      Pelajar-pelajar lebih berminat datang ke sekolah.


4.6     Membantu pelajar yang kurang mampu/miskin untuk mengakses internet percuma.

4.7     Dapat menikmati dunia internet tanpa  bayaran.


4.8     Memetik bahan-bahan yang disediakan oleh guru dalam blog melalui internet.


5.0   OBJEKTIF


5.1  Meluaskan pengalaman ICT di kalangan guru dan pelajar.

5.2  Membina keyakinan diri berinteraksi dengan komputer.

5.3 Memperdekatkan guru terutama sekali pelajar dengan dunia ICT

5.4 Melahirkan guru yang elit dengan blog dan laman web.

5.5  Mencungkil bakat ICT pelajar yang terpendam.


6.0   TARIKH

        Sepanjang tahun 2011


7.0   SASARAN

          Semua warga Tun Mutahir

8.0   KEWANGAN
      
            Untuk dibincangkan dengan pihak pentadbir
         


9.0   TENTATIF PROGRAM


9,1       Pembinaan laman web sekolah.(Sila rujuk lampiran A )

9.2      Pempautan blog setiap panitia kepada laman web/ blog sekolah
  (Sila rujuk   lampiran A )

9.3      Pertandingan blog di kalangan pelajar (Sila rujuk lampiran B)


9.4     Pemantauan peralatan ICT hak kerajaan dengan lebih efektif.
  (Sila rujuk lampiran C)

            9.5     Pemantauan penggunaan makmal komputer /LCD dengan berekod.
  (Sila rujuk Lampiran D )

9.6     Pemasangan internet secara wireless merangkumi seluruh kawasan   
     Sekolah.
     ( Dalam proses mendapatkan tender )



        
10.0  PENUTUP
   
        Program pada kali ini diharapkan benar-benar dapat  mencungkil  dan mengasah bakat guru dan pelajar di peringkat pengetahuan ICT di samping menjadi insan yang cemerlang, dan berketerampilan dan mampu berdepan dengan pelbagai situasi teknologi yang moden.


ICT Menjana Sekolah Berdaya Saing
  




       







No comments:

Post a Comment